Monday, April 2, 2007

Assalamualaikum... jemput masuk

Hai... apa khabar semua. Usah segan, usah malu... jemput masuk ke teratak kami. Maaf le ye... bersepah sikit... barang mainan, majalah, buku dan kain baju merata-rata tak berkemas. Itulah jadinya bila anak-anak dah berjumpa dengan sepupu sepapan mereka... bukan tahu nak kemas, makin disepahkan lagi ada le... Tak apa le, mereka pun bukannya selalu bersua muka.

Yang lelaki dengan gaya Power Ranjer dan Cicak Man - bersepah le ruang tamu. Yang perempuan pulak dengan Barbie dan Nabila (sinetron Mutiara Hati) - menyepah kat bilik dengan anak patung dan bajunya serta coretan abstrak. Itulah dunia kanak2 dengan imaginasinya tersendiri.
Okle... bersantai le ye... bacalah apa-apa yang boleh dibaca, saya ada hal sikit. Sebelum tu mohon maaf kerana layanan yang tak seberapa.
Jumpa lagi. Bye.